Leadership & Counseling Club (LCC) mula
ditubuhkan pada Januari 2011. Kelab ini dicetuskan daripada kaunselor
sendiri iaitu Cik Niezatuledayu. Kelab ditubuhkan dibawah Unit Kaunseling
IPTHO. Pada awal penubuhan kelab ini bertujuan melatih pelajar untuk
menguruskan program-program kaunseling yang dirancang oleh Unit Kaunseling
IPTHO.
Namun,
setelah potensi kelab ini dilihat semakin menonjol, kelab ini juga telah
merancang aktiviti mereka sendiri di peringkat ahli. Beberapa aktiviti telah berjaya
dijalankan oleh jawatankuasa kelab ini yang diketuai oleh Saudara Anis dan
saudara Fakhrul. Mereka merupakan perintis kepada penubuhan kelab ini.
Antara
program yang telah diuruskan oleh kelab ini ialah Seminar Kecemerlangan PMR dan
UPSR yang dijalankan pada tahun 2011. Program ini bagi mempersiapkan pelajar
dengan kelengkapan dan tip kecemerlangan daripada penceramah IPTHO sendiri.
Selain
itu, kelab ini juga telah mengadakan majlis makan malam yang disertai oleh
semua ahli kelab. Dalam majlis tersebut turut diadakan perlantikan ahli jawatan
kuasa yang baru bagi sesi yang baru.
No comments:
Post a Comment